Sunday 11 January 2015

Tahun ke2 bersama Shaklee

Assalamualaikum dan Selamat Datang 2015!!!

Post pertama tahun baru ini saya cuma nak kongsi yang saya telah masuk tahun ke2 bersama Shaklee.
Saya teruja kerana kualiti kesihatan dan personaliti saya semakin bagus. 

Produk Shaklee ini bukan magik.. guna hari ini esok lusa terus ok.. terus bebas jerawat.. terus tak sakit2.. Apa yang paling penting dengan Shaklee ianya sentiasa selamat.. sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam.. So tak perlu takut2 jika tiada kelulusan KKM atau Jakim. Tak perlu ragu ianya diuji keatas haiwan kerana Shaklee berdasarkan ujian klinikal. Dan tak perlu bimbang kerana dengan Shaklee anda masih boleh makan ubat yang dibekalkan oleh Doktor anda!

Nasihat saya.. jika anda pengguna Shaklee saya minta anda byk2 bersabar dan sila istiqamah yer... Lagi satu sila konsult dengan Pengedar anda mengenai maklum balas anda selepas mengambil produk ini.  





Jom dapatkan produk yang sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam ini dengan saya. Call / WhatsApp / SMS sy di talian 019 6290 572. Penghantaran ke seluruh Malaysia. COD kawasan disekitar saya iaitu di Sungai Buloh.

SID - 931331 Sharifah Maslinda Syed Ramly
Rakan Nutrisi anda yg teruja 2015 ini

Thursday 10 July 2014

Set Hamil Shaklee mengatasi kelesuan ketika hamil

Assalamualaikum mummies!! 

Adakah kehamilan menjadikan anda sering lesu dan keletihan. Rasa azab seperti tidak sabar lagi untuk melepasinya. Tahukah anda kenapa ini berlaku?

Bagi kebanyakan wanita dalam trimester pertama, keletihan merupakan salah satu simptom mabuk hamil pagi yang hadir bersama loya, muntah dan hilang selera makan. Jika simptom anda mengganggu tidur, tidak hairanlah anda akan berasa bertambah letih dan tidak selesa.

Anda mungkin merasa bosan berada dalam keadaan ini, tetapi simptom-simptom ini biasanya akan berlalu tanpa perlu sebarang rawatan. Bagi kebanyakan wanita (kira-kira enam daripada 10) simptom-simptom mabuk hamil pagi hilang menjelang 12 minggu kehamilan. Bagi yang lain, mereka berasa lebih baik dalam trimester kedua. Kurang daripada satu dalam 10 orang yang tidak bernasib baik masih berasa tidak sihat selepas 16 minggu kehamilan.

Harap-harap, anda ialah salah seorang yang bernasib baik dan mungkin akan rasa sangat bertenaga dalam trimester kedua dan membawa ke trimester ketiga di mana anda akan mula rasa letih semula dalam bulan ketujuh.

Sebagai perkongsian dari saya semestinya saya mengamalkan set hamil shaklee. Ianya membantu saya menjalani tempoh mabuk dengan berkesan. Saya dapat memandu ke tempat kerja yang jaraknya memang jauh. Mencegah kelesuan kronik seperti sebelumnya.

Yang paling hebat azab sakit pinggang, simpul mengkarung dan belakang tidak lagi mengganggu sepanjang kehamilan ke3 ini. 

Untuk dapatkan set hamil trimester 1 dan trimester 2 dan 3 boleh hubungi saya di 019 6290572. 

Set Hamil yang dicadangkan:
Vitalea
B Complex
Vita C Sudtained Release
Ostematrix
ESP
Omega

SID 931331 - Sharifah Maslinda
Rakan nutrisi anda yang kekal cergas sepanjang hamil

Wednesday 9 July 2014

Berpuasa dengan Set Gastrik Shaklee

Ramadhan Kareem!

Anda gastrik? Angin satu badan? Angin naik ke kepala? Pedih ulu hati? Atau mungkin simptom-simptom seperti ini pernah perut anda rasakan?

* sakit perut 
* rasa senak, berangin atau pedih
* rasa tidak selesa 
* kembung, sendawa macam dinosour dan acap kali kentut tak kira waktu dan lokasi terutama selepas     
   makan
* rasa mual/loya atau muntah tanpa tertengok muka sapa2 kan.. hahaha
* hilang selera makan
* berat badan turun   ~ jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh 
   dilihat dalam 2 bentuk iaitu:

   * najis menjadi hitam seperti tar
   * muntah berdarah atau muntah berwarna gelap seperti kopi


Sekadar berkongsi, saya sendiri menanggung kesakitan dari yang biasa2 sehingga yang teramat2 sakit. Dulu masa bujang suka skip makan... so dapatlah penyakit. Bila lambat makan je mula la terketar2... pedih ulu hati.Kira dah tak boleh tahan dah. Bak kata anak ke2 saya.. kalo boleh besi pun saya nak makan. Hahaha... 

Ok, kita tak nak fokus kepada azab. Kita terus kepada solusi. Saya telah amalkan set gastrik Shaklee dan hasilnya Alhamdulillah... julung2 kali sahaja saya diserang. Kalau kita sayang diri kita.. sayang ketat2 family kita maka saya seru kepada semua jagalah kesihatan. Saya ingat pesanan mak cik aida tukang urut masa saya dlm pantang anak ke3... diri kita hanya kita je mampu jaga.. kita ada keluarga jadi kesihatan kita tanggungjawa kita sendiri.. Terima kasih cik aida atas pesanan itu. Akan saya kenang selalu.

Suka saya perkenalkan set gastrik Shaklee yang terdiri daripada ESP, Ostematrix dan Peppermint Ginger.

Boleh dapatkan set ini dengan hubungi saya 019 6092 572. Atau emelkan terus ke chekmonet@yahoo.com. Penghantaran melalui pos laju dan COD.

SID : 931331
Sharifah Maslinda
Rakan Nutrisi Anda Yang Tidak Lagi Gastrik



Sunday 1 June 2014

Set Hamil

Bagi ibu hamil nutrisi sangat penting untuk membekalkan kepada bayi anda. Perkembangan bayi bergantung kepada anda dengan apa yang anda makan. Anda memang tidak mampu menyediakan kesemua keperluan serta  kesejahteraan kesihatan anda. Sebab itulah anda perlukan ini:

B complex ini mengandungi semua 8 jenis vitamin B yang diperlukan tubuh untuk menguatkan jantung, paru2 dan organ2 penting lain.

Vita C Plus merupskan nutrien yang mempunyai fungsi menyeluruh. Menyokong kesihatan jantung, imunisasi, keutuhan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan pertumbuhan darah.

Vitalea merupakan multivitamin dengan 28 vitamin dan mineral penting. Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh. Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata. Tingkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi. Jadi bakal2 ibu akan kekal bertenaga.

ESP ini lengkap dengan sumber protein, semulajadi rendah lemak, lemak, rendah kolesterol dan kaya asid amino penting. Mengekalkan tahap kolesterol dan tenaga. Mampu menguatkan rahim. Juga sebagai persediaan awal untuk menyusukan bayi.

Omega guard yang kaya dengan DHA EPA ini merupakan minyak ikan terbaik di dunia. Satu hidangan menyediakan 990mg asid lemak omega 3 yang penting untuk anda dan perkembangan bayi anda.

Ostematrix ini bukan sekadar kalsium. Juga mengandungi vitamin D, magnesium, mineral zink. Ianya penting untuk membekalkan kalsium, membentuk tulang dan gigi di samping membantu pengecutan otot dan saraf. Jadi bagi ibu2 yang sering sakit belakang, pinggang, gusi, kaki kerap cramp ini adalah solusinya.

Lengkap sudah keperluan ibu2. Yang paling penting Shaklee sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam.

Alamilah sendiri kehebatan kesihatan dengan Shaklee!

Dapatkan juga set set seperti berikut:
Set kesuburan
Set keshatan lelaki
Set kesihatan wanita
Set kesihatan sendi
Set kulit cantik
Set penyusuan
Set berpantang
Set kawalan gula
Set  kurangkan tekanan darah
Set kesihatan jantung
Set pengurusan berat badan

SID 931331 -Sharifah Maslinda
019 629 0572
Rakan Nutrisi Anda Yang Mengamalkan Set Hamil ketika Hamil... :}

Saturday 31 May 2014

Berat saya melampau!!!




Assalamualaikum. Selamat sejahtera. Pagi ni saya timbang berat saya 55kg. Alamak!! Ini tidak sepatutnya! Saya impikan berat antara 50kg ke 53kg je. Ok saya mengaku saya memang kaki makan. Suka makan jajan. Suka makan chocolate. Suka sangat makan kek!! 

Kalau kita merungut dengan berat kita tapi kita tidak sedikit pun berusaha untuk mengurangkan tabiat makan hentikanlah impian nak lesapkan lebihan kilogram tu! 

Dengan rendah hati tapi tinggi azam saya akan hapuskan lebihan kg!!!! Sapa nak join? Ha inilah masanya! Kita buat sama2. Saya akan pantau anda sepanjang program ini berlangsung. Kalau buat sorang2 nnt kurang menjadi... macam selalu kita buat tu... hehehehe... 

Ok saya buka tawaran ini. Jom sertai program 'kurus dan sihat menjelang raya'. Dengan bimbingan saya dan dengan nasihat beberapa orang yang berjaya melesapkan lebihan kilogram mereka anda akan terus dibimbing. 

Hantarkan teks 'saya nak kurus' ke 019 629 0572. 
Saya tunggu anda! 

SID 931331 - SM
019 6290 572
Rakan nutrisi anda yang mantop!

Thursday 29 May 2014

Kenali Jerawat?

Oh..Tidak! Jerawat. Malunya... Kalau malu jom kita basmi masalah jerawat. Dulu jangan kata kawasan muka ditumbuhi jerawat badan pun penuh jerawat jugak! Adoi! Boleh kata setiap hari satu jerawat akan muncul. Untung juga satu yang muncul kalau dua kalau tiga? Sedih... huhu..

Siapa yang gatal tangan suka kutil jerawat? Haaa biasa tuh! Sebolehnya kita elakkan ye... Sebab nanti akan meninggalkan parut hitam. Lagi tak cantik tau! Tapi jerawat tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk. Eh kutil tak boleh dibiarkan pun tak boleh dahtu camner? Kita kenali jerawat-jerawat pada kawasan muka kita dulu... 

Tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom teruskan membaca info dibawah.

Jerawat kat DAHI

Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.

Jerawat kat HIDUNG

Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

Jerawat kat DAGU

Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Jerawat kat PIPI

Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.

Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)

Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.

P/S: Tips untuk kulit sihat

Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan.

Selain dari itu saya mencadangkan anda semua ambil suplemen dari Shaklee ini;
Garlic complex
Vita C Plus Sustained Release
B complex
Gla complex
Esp
Alfalfa Complex

Hubungi saya jika berminat. Khidmat konsultansi eksklusif diberikan.

SID 931331 - SM
019 629 0572
Rakan Nutrisi Anda Yang Semakin Bebas Jerawat

Pengedar Shaklee di Sungai Buloh

Pengedar Sah Shaklee Terbaik di Sungai Buloh!

Assalamualaikum. Salam perkenalan saya Sharifah Maslinda rakan nutrisi anda yang terbaik. Buat seluruh warga Sungai Buloh sayalah yang anda cari!!

Sebagai Pengedar Sah Shaklee di Malaysia saya bersedia membawa produk Shaklee kepada anda tidak kira dimana anda berada.

Bagi khidmat CoD meliputi seluruh Sungai Buloh termasuk Saujana Utama, Merbau Sempak, Paya Jaras, Kuang, Kundang, Bukit Rahman Putra, Kota Damansara, Bandar Damansara, Ijok, Desa Colfields, Penjara Sungai Buloh, Puncak Alam, Puncak Perdana, Meru, Alam Budiman, Bukit Jelutong, Kg Melayu Subang dan kawasan kawasan yang berdekatan.

Pada waktu pejabat kawasan CoD meliputi seluruh Shah Alam terutama UiTM dan Petaling Jaya. 

Sebagai rakan nutrisi anda saya akan berikan khidmat konsultansi yang terbaik kerana saya amat perihatan atas kesihatan anda.

SID 931331 - SM 
Saya adalah rakan nutrisi anda!
 
Hubungi saya hari ini dan pada bila bila masa di
019 629 0572 

Jom kita menjalin ukhwah. Add saya sebagai teman anda di facebook  www.facebook.com/maslindasharifah
Juga sila Like fanpage saya di https://www.facebook.com/pages/My-Vitamins/385048174958434?ref=bookmarks